Surau Shariefah Alanni ditubuhkan pada tahun 2012 menggantikan musolla lama yang telah uzur. Surau ini dibina di atas tapak letak kereta sekolah berhadapan dengan Blok Melur.
Surau ini merupakan tumpuan utama semua warga sekolah baik murid, ibu bapa dan guru. Hal ini kerana, kedudukan surau yang strategik dan mudah diekses oleh semua.
Surau yang menampung kira-kira 1400 orang pelajar ini bukan sekadar menjadi tempat untuk melaksanakan ibadah solat semata-mata tetapi berfungsi sebagai pusat kegiatan dakwah dan tempat tumpuan murid melepaskan lelah selepas tamat waktu sekolah.
Pengurusan surau komited untuk menjadikan surau ini lebih kondusif dan ingin memaksimumkan penggunaannya agar semua murid mendapat manfaat yang lebih daripada surau sekolah ini. Besarlah harapan kami agar surau ini dapat melahirkan lebih ramai murid yang mendalami dan mengenali Islam secara syumul dalam kehidupan seharian.
---------------------------------------------
Jimatkan Masa Anda!
Luangkan masa anda untuk perkara yang benar-benar penting. Sedekah kepada lebih 100 masjid/surau dari serata Malaysia, sedekah subuh lebih mudah, sedekah jumaat tiap minggu, akses sejarah transaksi anda dengan mudah dalam apps Sujood, jimat masa & mudahkan urusan sedekah anda.
Tekan untuk download apps Sujood: